Blogger Widgets

Monday, 28 May 2012


SUNNAH KETIKA MINUM

1- Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana Syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasail Nabawi)

2- Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (Tirmizi)

3- Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutaun. (Bukhari)

4- Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)

5- Duduk dan minum, Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri. (Zaadul Maad)

6- Hendaklah berdiri semasa minum air zam-zam. (Tirmizi)

7- Rendamkan kurma atau anggur di dalam air pada malam hari dan minum larutan ini pada waktu pagi. Walaubagaimanapun,jika kerana terlalu panas ia menjadi tuak, adalah haram untuk minumnya.

8- Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tirmizi)

9- Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol dan lain-lain. tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud)

10- Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)

11- Nabi SAW telah melarang penggunaan bekas masak, makan dan minum diperbuat dari emas dan perak. (Bukhari & Muslim)

Tuesday, 22 May 2012

Renungan Bersama


13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)
Al-Quran dan Hadis Panduan Hidup Mukmin

Monday, 14 May 2012

RANCANGAN CHEESEMAN, BARNES & FENN-WU

Setelah tentera Jepun menyerah kalah, Tanah Melayu dikembalikan kepada pemerintahan British pada Ogos 1945. Antara tempoh 1946 hingga 1957, iaitu sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan terdapat beberapa perubahan dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Perubahan – perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut disifatkan sebagai pembinaan semula sistem pendidikan ke arah menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Tanah Melayu ini. Sepanjang tempoh tersebut wujudlah beberapa rancangan dan laporan yang mengandungi cadangan – cadangan bagi memperbaiki sistem pendidikan di Tanah Melayu. Antaranya ialah Rancangan Cheeseman, Laporan Barnes, dan Laporan Fenn-Wu
            Rancangan Cheeseman merupakan perubahan pertama yang dilakukan untuk polisi pendidikan di bawah pentadbiran Malayan Union. Objektif polisi pendidikan baru ini adalah untuk membina semula sistem pendidikan demi menjamin setiap jenis sistem persekolahan dapat dikembangkan dengan sepenuhnya. Oleh itu beberapa cadangan telah dinyatakan dalam Rancangan Cheeseman ini seperti
1)     tempat percuma diberikan kepada kanak – kanak yang menghadiri sekolah vernakular diperingkat sekolah rendah,
2)    Bahasa Inggeris diajar di sekolah rendah
3)    Penubuhan 2 jenis sekolah menengah
4)    Perlaksanaan secara penuh Laporan Pelajaran 1938 mengenai pendidikan vokasional
Walaubagaimanapun di bawah rancangan ini, tidak ada rancangan yang berkaitan memupuk integrasi sosial untuk pelbagai kaum. Rancangan ini gagal kerana ia lebih memberi tumpuan kepada peringkat sekolah rendah sahaja dan mengutamakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah di Tanah Melayu.
            Desakan orang melayu supaya sekolah – sekolah melayu diperbaiki serta ditubuhkan peluang – peluang untuk mendapatkan pendidikan telah mewujudkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh L.J. Barnes. Beliau merupakan Pengarah Latihan Kemasyarakatan Universiti Oxford. Jawatankuasa Barnes berpendapat penambahbaikan sekolah vernakular melayu tidak dapat dilaksanakan tanpa meliputi perombakan semula sistem pendidikan secara keseluruhan. Oleh itu Laporan Barnes mencadangkan supaya pemindahan bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi semua jenis sekolah di Tanah Melayu. Manakala Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan diajar secara beransur – ansur sebagai matapelajaran di sekolah kebangsaan sahaja. Ini bermakna Laporan Barnes mencadangkan 2 bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Cadangan – cadangan lain dalam laporan ini termasuklah; mendirikan sekolah menengah moden, rombakan kepada kurikulum asal dengan mengutamakan matapelajaran sains, seni perusahaan dan sains rumahtangga. Cadangan seterusnya; mendirikan maktab perguruan berasrama untuk melatih guru – guru yang memegang Sijil Persekolahan, menubuhkan Jemaah Nazir Persekutuan, menubuhkan Penguasa Pelajaran Tempatan untuk menolong perkembangan pendidikan sekolah rendah dengan memberi bantuan kewangan, serta semua sekolah rendah kebangsaan akan memberi pendidikan percuma kepada kanak – kanak dari darjah 1 hingga darjah 6. Laporan Barnes juga mencadangkan agar murid – murid yang telah menamatkan pelajaran di sekolah rendah boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Walaubagaimanapun laporan ini juga ditentang oleh semua kaum melayu, cina dan india. Ini kerana bagi kaum melayu, mereka tidak berpuas hati dengan pendidikan melayu tidak diberikan keedudukan yang sewajarnya dan sekolah – sekolah menumpang di sekolah inggeris. Manakala bagi kaum cina dan india, mereka menentang penghapusan pendidikan cina dan india kerana bagi mereka pendidikan cina  dan india merupakan satu kebudayaan mereka.
            Laporan Fenn-Wu dihasilkan rentetan daripada penubuhan Jawatankuasa Barnes. Pada 1951, untuk mendapat pandangan terhadap pembinaan semula sistem pendidikan Tanah Melayu daripada komuniti – komuniti lain terutamanya masyarakat cina, Pesuruhjaya Tinggi Sir Henry Gurney telah melantik sebuah jawatankuasa yang mengkaji pendidikan vernakular cina di Persekutuan Tanah Melayu. Dua orang pakar yang berpengalaman dalam bidang pendidikan cina dari luar negara telah dijemput. Mereka berdua adalah Dr. W.P Fenn dan Dr. Wu Teh Yau. Hasil kajian laporan Fenn-Wu menunjukkan pandangan yang berbeza dengan Laporan Barnes dimana laporan ini mencadangkan agar kerajaan British patut memberi galakan kepada orang cina seperti memilih sistem pendidikan yang melibatkan pengajaran ketiga – tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa cina. Laporan ini juga menyatakan sistem pendidikan hendaklah disalurkan kepada matlamat membentuk identity kebangsaan dan sekolah iaitu menyediakan kanak – kanak supaya menempuh semua bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat mereka. Menurut laporan ini juga sebarang tindakan untuk memaksa rakyat berbilang kaum supaya belajar satu atau dua bahasa sahaja akan menjejaskan perpaduan antara kaum. Selain itu kerajaan juga patut menambahkan bantuan kewangan untuk pentadbiran sekolah cina dan menubuhkan Kolej Latihan Guru dan Latihan Dalam Perkhidmatan di hujung minggu untuk sekolah cina. Ini supaya dapat menampung kekurangan guru terlatih di sekolah cina. Namun segala penyataan dalam Laporan Fenn-Wu ini tidak dapat diterima terutama dari Malayan Union kerana ia tidak menguntungkan orang – orang Melayu.

PERUBAHAN-PERUBAHAN DLM PENDIDIKAN

Pendidikan Prasekolah
Pendidikan ini semakin penting dan berkembang dengan cepat kerana ramai ibu bapa menghantar anak – anak untuk mendapatkan pendidikan awal di sekolah tadika. Dalam tahun 1980-an telah banyak sekolah tadika yang dikelolakan oleh pihak swasta, pertubuhan awam, dan agensi kerajaan. Pihak kerajaan juga berusaha merangka dasar – dasar untuk penyeliaan, pengawalan, penyelarasan, latihan guru, perkembangan kurikulum dan meningkatkan mutu pendidikan prasekolah di Malaysia. Umumnya, penglibatan anak – anak pendidikan prasekolah ini adalah dilingkungan umur 4 hingga 6 tahun iaitu sebelum mereka memasuki ke alam persekolahan sekolah rendah. Mulai tahun 1992, Malaysia memperkenalkan pendidikan prasekolah diserap secara berperingkat – peringkat dalam sistem sekolah rendah atau pendidikan kebangsaan. Kerajaan Malaysia juga telah menguatkuasakan Akta Pendidikan 1996, Pindaan tahun 2002 iaitu berkaitan prasekolah dimana kurikulum Kebangsaan Prasekolah yang digubal oleh Kementerian Pendidikan wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua prasekolah di seluruh negara. Dewasa ini pendidikan prasekolah telah semakin giat dan berkembang pesat dijalankan di setiap sekolah kebangsaan seluruh negara.

Sekolah Satu Sesi
Sekolah Satu Sesi dicadangkan bagi mengurangkan kesesakan pelajar di sekolah. Cadangan ini membolehkan kurikulum berjalan dengan lebih berkesan, perlaksanaan aktiviti kokurikulum dapat dijalankan dengan lebih giat, cekap dan berkesan serta menggalakkan interaksi pelajar dengan pelbagai peringkat umur serta meningkatkan program – program interaksi. Di bawah sistem persekolahan satu sesi, sekolah berkenaan cuma menjalankan pembelajaran kurikulum di sesi pagi sahaja dimana tempoh persekolahan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 3 petang. Ini bermakna waktu interaksi pelajar dengan guru akan bertambah dan waktu penyeliaan terhadap pelajar juga akan bertambah. Selain itu pelajar mempunyai lebih ruang dan masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum mahupun melakukan ulangkaji pelajaran du bawah penyeliaan guru yang rapi. Penukaran sistem persekolahan 2 sesi kepada 1 sesi dilakukan oleh kerajaan pada pertengahan tahun  1994. Projek perintis sekolah 1 sesi dijalankan di 28 buah sekolah menengah di seluruh negara pada tahun 1997. Walau bagaimanapun cadangan ini telah mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak. Selain itu Kementerian Pendidikan menghentikan kajian keberkesanan sistem persekolahan 1 sesi ini untuk sementara waktu ekoran terdapat banyak kekurangan kemudahan dan kewangan.

Sistem Sijil Terbuka
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan sijil terbuka Sijil Pelajaran Malaysia dan perlaksanaan yang pertama kalinya dilaksanakan pada tahun 2000. Perlaksanaan ini merupakan satu agenda untuk memperlihatkan kecemerlangan sistem pendidikan negara. Perubahan ini sekaligus menukar sistem pendidikan yang agak tegar dan menyekat peluang atau kebebasan pelajar untuk membuat keputusan sendiri. Sistem terbuka ini lebih memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil mata pelajaran peperiksaan mengikut kemampuan dan minat masing – masing. Dengan itu, pelajar dapat mengilap segala bakat, kebolehan dan kemahiran ke tahap yang optimum. Menerusi sistem ini juga, syarat pemberian sijil juga turut dilonggarkan dimana pelajar hanya perlu lulus Bahasa Melayu sahaja. Peperiksaan sijil terbuka ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk memilih lima belas pilihan pengkhususan yang dirasakan sesuai dimana penawaran ini membolehkan pelajar merancang lebih awal lagi bidang pengkhususan apabila melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS. Bagaimanapun jumlah mata pelajaran yang hendak di ambil mestilah tidak kurang daripada enam iaitu wajib bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, dan Pendidikan Islam. Selebihnya pelajar boleh memilih lebih 26 mata pelajaran efektif yang ditawarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Melalui sistem ini juga, pelajar tidak dinilai melalui gred atau pangkat yang diperolehi sebaliknya dinilai melalui keputusan yang mereka perolehi dalam mata pelajaran pilihan.

Sistem Meritokrasi
Sistem meritokrasi dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 2002 bagi menggantikan sistem kuota yang menetapkan sebanyak 55% pelajar bumiputera dan 45% untuk bukan bumiputera bagi kemasukan di IPTA. Meritokrasi bermaksud pemilihan pelajar ke IPTA berdasarkan pencapaian atau kecemerlangan akademik semata – mata. Kerajaan bercadang menghapuskan kuota dan melaksanakan sistem meritokrasi di IPTA dan membuka 10% untuk bukan bumiputera di Program Matrikulasi dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Antara kesan positif sistem meritokrasi ini ialah pemilihan calon berdasarkan kemampuan dan pencapaian terbaik akan mewujudkan persaingan bebas dan akan melahirkan para graduan yang cemerlang dan berketrampilan. Selain itu meritokrasi menjadi satu mekanisme untuk menghapuskan amalan pilih kasih dan mewujudkan persaingan yang sihat. Namun perlaksanaan dasar ini akan mengakibatkan masalah kepada masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk dan tidak setara dari segi peluang dan status sosioekonomi.

PPSMI
Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris teleh diperkenalkan pada tahun 2003. Perlaksanaan dasar ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengahsilkan pelajar yang cemerlang dan mampu menguasai bahasa Inggeris. Dasar ini perlu kerana dunia kini mengalami transformasi apabila kebanyakkan negara di dunia menggalakkan rakyatnya mempelajari bahasa asing untuk meningkatkan pengetahuan demi mencapai kemajuan. Mulai tahun tersebut, semua sekolah rendah dan menengah, Tahun Satu hingga Tingkatan Enam Bawah akan diajar subjek Matematik dan Sains dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bagi SKJ (C) pula, kedua – dua mata pelajaran ini akan diajarkan dengan bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Malah setiap sekolah juga akan ditambah masa pengajaran bagi kedua – dua subjek tersebut.
Reformasi KBSR dan KBSM ini akan diteruskan hingga tahun 2007 dan 2008, apabila semua pelajar sekolah kebangsaan akan menjawab soalan Sains dan Matematik dengan bahasa Inggeris buat pertama kali dalam UPSR dan SPM. Manakala pelajar STPM pula aka menjawab soalan – soalan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2004. Namun terdapat isu semasa perlaksanaan PPSMI ini dimana ada pihak yang berpendapat bahawa program reformasi ini akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Selain itu prestasi pelajar turut dikuatiri akan merosot memandangkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah lemah terutamanya pelajar yang baru masuk darjah satu. Tambahan pula ramai guru Matematik dan Sains telah membiasakan diri dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan menghadapi masalah apabila menukar bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bagaimanapun pihak kementerian mengambil langkah menganjurkan kursus dalam perkhidmatan untuk guru Matematik dan Sains bagi meningkatkan kecekapan penggajaran.
Akhirnya satu keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat mulai 2012.