Pendidikan
Prasekolah
Pendidikan ini
semakin penting dan berkembang dengan cepat kerana ramai ibu bapa menghantar
anak – anak untuk mendapatkan pendidikan awal di sekolah tadika. Dalam tahun
1980-an telah banyak sekolah tadika yang dikelolakan oleh pihak swasta,
pertubuhan awam, dan agensi kerajaan. Pihak kerajaan juga berusaha merangka
dasar – dasar untuk penyeliaan, pengawalan, penyelarasan, latihan guru,
perkembangan kurikulum dan meningkatkan mutu pendidikan prasekolah di Malaysia.
Umumnya, penglibatan anak – anak pendidikan prasekolah ini adalah dilingkungan
umur 4 hingga 6 tahun iaitu sebelum mereka memasuki ke alam persekolahan
sekolah rendah. Mulai tahun 1992, Malaysia memperkenalkan pendidikan prasekolah
diserap secara berperingkat – peringkat dalam sistem sekolah rendah atau
pendidikan kebangsaan. Kerajaan Malaysia juga telah menguatkuasakan Akta
Pendidikan 1996, Pindaan tahun 2002 iaitu berkaitan prasekolah dimana kurikulum
Kebangsaan Prasekolah yang digubal oleh Kementerian Pendidikan wajib dipatuhi
dan dilaksanakan oleh semua prasekolah di seluruh negara. Dewasa ini pendidikan
prasekolah telah semakin giat dan berkembang pesat dijalankan di setiap sekolah
kebangsaan seluruh negara.
Sekolah
Satu Sesi
Sekolah Satu Sesi
dicadangkan bagi mengurangkan kesesakan pelajar di sekolah. Cadangan ini
membolehkan kurikulum berjalan dengan lebih berkesan, perlaksanaan aktiviti
kokurikulum dapat dijalankan dengan lebih giat, cekap dan berkesan serta
menggalakkan interaksi pelajar dengan pelbagai peringkat umur serta
meningkatkan program – program interaksi. Di bawah sistem persekolahan satu
sesi, sekolah berkenaan cuma menjalankan pembelajaran kurikulum di sesi pagi
sahaja dimana tempoh persekolahan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 3 petang.
Ini bermakna waktu interaksi pelajar dengan guru akan bertambah dan waktu
penyeliaan terhadap pelajar juga akan bertambah. Selain itu pelajar mempunyai
lebih ruang dan masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum mahupun melakukan
ulangkaji pelajaran du bawah penyeliaan guru yang rapi. Penukaran sistem
persekolahan 2 sesi kepada 1 sesi dilakukan oleh kerajaan pada pertengahan
tahun 1994. Projek perintis sekolah 1
sesi dijalankan di 28 buah sekolah menengah di seluruh negara pada tahun 1997.
Walau bagaimanapun cadangan ini telah mendapat reaksi negatif dari pelbagai
pihak. Selain itu Kementerian Pendidikan menghentikan kajian keberkesanan
sistem persekolahan 1 sesi ini untuk sementara waktu ekoran terdapat banyak
kekurangan kemudahan dan kewangan.
Sistem
Sijil Terbuka
Kementerian
Pendidikan telah memperkenalkan sijil terbuka Sijil Pelajaran Malaysia dan
perlaksanaan yang pertama kalinya dilaksanakan pada tahun 2000. Perlaksanaan
ini merupakan satu agenda untuk memperlihatkan kecemerlangan sistem pendidikan
negara. Perubahan ini sekaligus menukar sistem pendidikan yang agak tegar dan
menyekat peluang atau kebebasan pelajar untuk membuat keputusan sendiri. Sistem
terbuka ini lebih memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil mata pelajaran
peperiksaan mengikut kemampuan dan minat masing – masing. Dengan itu, pelajar
dapat mengilap segala bakat, kebolehan dan kemahiran ke tahap yang optimum.
Menerusi sistem ini juga, syarat pemberian sijil juga turut dilonggarkan dimana
pelajar hanya perlu lulus Bahasa Melayu sahaja. Peperiksaan sijil terbuka ini
telah memberi peluang kepada pelajar untuk memilih lima belas pilihan
pengkhususan yang dirasakan sesuai dimana penawaran ini membolehkan pelajar
merancang lebih awal lagi bidang pengkhususan apabila melanjutkan pelajaran ke
IPTA atau IPTS. Bagaimanapun jumlah mata pelajaran yang hendak di ambil
mestilah tidak kurang daripada enam iaitu wajib bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, dan Pendidikan Islam.
Selebihnya pelajar boleh memilih lebih 26 mata pelajaran efektif yang
ditawarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Melalui sistem ini juga, pelajar
tidak dinilai melalui gred atau pangkat yang diperolehi sebaliknya dinilai
melalui keputusan yang mereka perolehi dalam mata pelajaran pilihan.
Sistem
Meritokrasi
Sistem meritokrasi
dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 2002 bagi menggantikan sistem
kuota yang menetapkan sebanyak 55% pelajar bumiputera dan 45% untuk bukan
bumiputera bagi kemasukan di IPTA. Meritokrasi bermaksud pemilihan pelajar ke IPTA
berdasarkan pencapaian atau kecemerlangan akademik semata – mata. Kerajaan
bercadang menghapuskan kuota dan melaksanakan sistem meritokrasi di IPTA dan
membuka 10% untuk bukan bumiputera di Program Matrikulasi dan Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM). Antara kesan positif sistem meritokrasi ini ialah pemilihan
calon berdasarkan kemampuan dan pencapaian terbaik akan mewujudkan persaingan
bebas dan akan melahirkan para graduan yang cemerlang dan berketrampilan.
Selain itu meritokrasi menjadi satu mekanisme untuk menghapuskan amalan pilih
kasih dan mewujudkan persaingan yang sihat. Namun perlaksanaan dasar ini akan
mengakibatkan masalah kepada masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk dan tidak
setara dari segi peluang dan status sosioekonomi.
PPSMI
Pengajaran Matematik
dan Sains dalam Bahasa Inggeris teleh diperkenalkan pada tahun 2003. Perlaksanaan
dasar ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengahsilkan pelajar yang cemerlang
dan mampu menguasai bahasa Inggeris. Dasar ini perlu kerana dunia kini
mengalami transformasi apabila kebanyakkan negara di dunia menggalakkan
rakyatnya mempelajari bahasa asing untuk meningkatkan pengetahuan demi mencapai
kemajuan. Mulai tahun tersebut, semua sekolah rendah dan menengah, Tahun Satu
hingga Tingkatan Enam Bawah akan diajar subjek Matematik dan Sains dengan
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bagi SKJ (C) pula, kedua
– dua mata pelajaran ini akan diajarkan dengan bahasa Cina dan bahasa Inggeris.
Malah setiap sekolah juga akan ditambah masa pengajaran bagi kedua – dua subjek
tersebut.
Reformasi KBSR dan
KBSM ini akan diteruskan hingga tahun 2007 dan 2008, apabila semua pelajar
sekolah kebangsaan akan menjawab soalan Sains dan Matematik dengan bahasa
Inggeris buat pertama kali dalam UPSR dan SPM. Manakala pelajar STPM pula aka
menjawab soalan – soalan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris mulai tahun
2004. Namun terdapat isu semasa perlaksanaan PPSMI ini dimana ada pihak yang
berpendapat bahawa program reformasi ini akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Selain itu prestasi pelajar turut
dikuatiri akan merosot memandangkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan
pelajar adalah lemah terutamanya pelajar yang baru masuk darjah satu. Tambahan
pula ramai guru Matematik dan Sains telah membiasakan diri dengan menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan menghadapi masalah apabila menukar
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bagaimanapun pihak kementerian
mengambil langkah menganjurkan kursus dalam perkhidmatan untuk guru Matematik
dan Sains bagi meningkatkan kecekapan penggajaran.
Akhirnya satu
keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa dasar
PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat mulai 2012.
No comments:
Post a Comment