Sistem
pondok bermula dari Patani yang terletak di utara Semenanjung dan pada ketika
itu ulama tersohornya dikenali sebagai Syeikh Daud al-Fatani. Manakala sistem
pendidikan pondok di Tanah Melayu bermula sejak awal kurun ke-19 atau akhir
kurun ke-18 dengan pengaruh yang di bawa oleh patani, Sumatera, Jawa dan Acheh.
Kaedah pembelajaran pada ketika itu mengikut kaedah yang dijalankan di Masjidil
Haram di Mekah. Namun pendidikan tidak formal di Tanah Melayu dipercayai telah
berkembang bersama – sama dengan penyebaran agama Islam pada abad 14. Pedagang
– pedagang Arab Islam telah menyebarkan ilmu ke kawasan Asia Tenggara dan
merupakan pelopor usaha pendidikan tidak formal dengan cara membina sekolah –
sekolah pondok terutamanya di Negeri perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan dan
Brunei.
Pada
mulanya pondok didirikan adalah untuk dijadikan satu tempat beribadat.
Pengajian agama biasanya diadakan di surau ayau masjid pada waktu malam dengan
di hadiri oleh orang dewasa lelaki dan perempuan. Oleh itu, pondok didirikan
atas usaha alim ulama dan masyarakat tempatan sebagai satu sistem pengajian
yang lebih teratur. Pondok didirikan berhampiran rumah tuan guru dan
dikekelilingi dengan asrama pelajar. Lokasi pondok sering ditemui di kawasan
berhampiran pantai dan sungai dan kebiasaannya dibina daripada papan dan daun
nipah atau rumbia. Kemudahan kelas hanya terdiri daripada papan dan qalam
manakala meja dan bangku pula dibuat sendiri oleh para pelajar. Selain menuntut
ilmu, para pelajar akan menjalankan kerja seperti bertani, menangkap ikan,
mencari kayu api, mengangkat air bagi membantu tuan guru menyara kehidupan
mereka. Kurikulum pondok ini lebih kepada pembelajaran tidak formal. Para
pelajar akan diajar ilmu Fiqah, Tauhid dan al-Quran dan kaedah pembelajaran
yang digunakan lebih kepada kaedah hafalan. Buku – buku rujukan terdiri
daripada kitab – kitab al-Quran, Hadis, Fiqah, Tauhid dan Tasawuf. Pelajaran
diadakan pada waktu subuh, petang dan malam. Pengajian di pondok ini tidak
menetapkan bayaran yuran tetapi pelajar dari keluarga berada digalakkan
menghulurkan bantuan dan derma manakala pelajar yang kurang mampu boleh membawa
buah tangan seperti beras, pakaian untuk guru sebagai penghormatan.
Perkembangan
pengajian pondok di TM, Kelantan dipercayai di antara negeri yang terawal
mewujudkan sistem pondok dan pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah
Pondok Tok Pulai Chodong pada tahun 1820 oleh Tuan Guru Haji Abdul samad bin
Abdullah. Pada sekitar tahun 1900, pendidikan pondok mendapat persaingan dari
sekolah berbentuk sekular yang di taja oleh British di mana British menyatakan
sekolah pondok adalah primitif kerana mata pelajarannya tidak sama dengan
sekolah Inggeris. Walau bagaimanapun, usaha British tidak begitu berjaya. Pada
tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua sistem pengajian pondok berkembang pesat
dan antara tahun 1910 hingga 1945 boleh
dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pengajian pondok dan turut
melahirkan ulama – ulama terkenal. Walaupun sistem pondok masih mendpat sambutan
dalam tahun1950-1970an, hakikatnya selepas tahun 1945, ia merupakan zaman
kemalapan selepas kedatangan Jepun. Keadaan ini berterusan hingga negara mencapai kemerdekaan.
Perubahan – perubahan dalam
perkembangan pendidikan Islam juga merupakan sebab utama yang membawa ke[ada
kemunduran institusi pondok. Ini kerana pada masa itu telah muncul sekolah –
sekolah Agama (Arab) Majlis Agama Islam yang menggunakan bahasa Arab sebagai
bahasa pengantar yang lebih teratur dan selesa.
Pendidikan
pondok banyak memberi sumbangan kepada sisitem pendidikan di Malaysia antaranya
ialah sejarah pendidikan Islam di Malaysia yang berkembang pesat dan terkenal
serta melahirkan ulama – ulama yang berwibawa seperti tokoh Syed Muhammad bin
Zainal (Terengganu), Tuk Kenali (Kelantan) dan Haji Muhammad Taib Mufti (Kedah).
Contohnya seperti di Kelantan, para pemimpin negeri atau peringkat kawasan
kebanyakkan pemimpin dari para ahli ulama. Maka dengan ini penerapan nilai
murni dapat diterapkan kepada rakyatnya. Seterusnya pengajian ini juga dapat
melahirkan para pelajar yang berakhlak mulia dan berdisiplin dalam kehidupan
seharian. Selain itu ia juga telah melahirkan ramai cerdik pandai yang terkenal
di rantau ini serta dapat membimbing masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment