Blogger Widgets

Monday, 14 May 2012

PENDIDIKAN DI ATHENS & SPARTA

Perkembangan pendidikan zaman tradisi boleh dilihat dari satu zaman ke zaman yang lain. Antaranya ialah Zaman Yunani, Zaman Rom, Zaman Pertengahan dan Zaman Islam. Perkembangan zaman Yunani berlaku sekitar tahun1600 Sebelum Masihi sehingga 300 Sebelum Masihi. Tamadun Yunani terletak di tebing Sungai Tiber di Lembah Latium. Dua buah kota yang terkenal pada Zaman Yunani ialah Athens dan Sparta, kedua-duanya mempunyai ciri-ciri pemerintahan sendiri. Tamadun Yunani sangat mementingkan pendidikan kepada rakyatnya sehingga berjaya melahirkan cendikiawan. Terdapat perbezaan dalam corak pendidikan di Athens dan Sparta.
      Pendidikan di Athens adalah bermatlamatkan memupuk dan membentuk ciri-ciri rakyat yang bertanggungjawab kepada negara. Manakala pendidikan di Sparta pula bermatlamatkan untuk melatih rakyat menjadi tentera yang perkasa dan melahirkan pemimpin – pemimpin tentara ( 1 pedang, 1 nyawa).
      Tujuan pendidikan yang diberi di Athens lebih mengutamakan mempersiapkan individu – individu supaya menjadi manusia yang utuh ( The Exellence of Man as a Man) yang mana individu – individu ini mampu berdikari dan harmonis dalam tingkahlakunya serta seimbang antara kekuatan jasmani dan rohani serta baik akhlaknya dari segi percakapan dan perbuatan. Di Sparta pula, tujuan pendidikan adalah untuk mempersiapkan laki-laki yang kuat jasmaninya dalam peperangan dan fasih perbicaraannya di majlis – majlis ( Prof Abdul Aziz et.al; 1968:33) seperti dapat menyampaikan ucapan – ucapan yang memberangsangkan.
      Di Athens, pelbagai kaedah pengajaran yang dipraktikkan ketika itu seperti di sekolah rendah lebih kepada kaedah latih – tubi, menghafal dan membaca semula. Manakala di peringkat menengah lebih mempraktikkan kaedah kuliah, perbincangan dan berdialog. Selain itu, kurikulum yang diamalkan juga adalah seperti membaca, menulis,  matematik, drama, muzik, sastera dan puisi. Para pelajar yang terlibat terdiri daripada kaum lelaki berumur antara 7 hingga 20 tahun. Di Sparta, kaedah pengajarannya lebih ditumpukan kepada latih – tubi, nyanyian patriotik, dan taktik peperangan. Kanak – kanak lelaki yang berusia antara 8 hingga 18 tahun akan diberi latihan kententeraan secara profesional dan di latih di berek tentera. Apabila menjangkau usia 20 hingga 30 tahun, mereka akan menjalani latihan ketenteraan yang sebenar dan ditugaskan di perbatasan.
     

1 comment: