Perkembangan
pendidikan zaman tradisi boleh dilihat dari satu zaman ke zaman yang lain.
Antaranya ialah Zaman Yunani, Zaman Rom, Zaman Pertengahan dan Zaman Islam. Perkembangan
zaman Yunani berlaku sekitar tahun1600 Sebelum Masihi sehingga 300 Sebelum
Masihi. Tamadun
Yunani terletak di tebing Sungai Tiber di Lembah Latium. Dua buah kota yang terkenal pada Zaman Yunani ialah Athens dan Sparta,
kedua-duanya mempunyai ciri-ciri pemerintahan sendiri. Tamadun Yunani sangat
mementingkan pendidikan kepada rakyatnya sehingga berjaya melahirkan
cendikiawan. Terdapat perbezaan
dalam corak pendidikan di Athens dan Sparta.
Pendidikan
di Athens adalah bermatlamatkan memupuk dan membentuk ciri-ciri rakyat yang
bertanggungjawab kepada negara. Manakala pendidikan di Sparta pula
bermatlamatkan untuk melatih rakyat menjadi tentera yang perkasa dan melahirkan
pemimpin – pemimpin tentara ( 1 pedang, 1 nyawa).
Tujuan
pendidikan yang diberi di Athens lebih mengutamakan mempersiapkan individu –
individu supaya menjadi manusia yang utuh ( The Exellence of Man as a Man) yang
mana individu – individu ini mampu berdikari dan harmonis dalam tingkahlakunya
serta seimbang antara kekuatan jasmani dan rohani serta baik akhlaknya dari
segi percakapan dan perbuatan. Di Sparta pula, tujuan pendidikan adalah untuk
mempersiapkan laki-laki yang kuat jasmaninya dalam peperangan dan fasih
perbicaraannya di majlis – majlis ( Prof Abdul Aziz et.al; 1968:33) seperti
dapat menyampaikan ucapan – ucapan yang memberangsangkan.
Di
Athens, pelbagai kaedah pengajaran yang dipraktikkan ketika itu seperti di
sekolah rendah lebih kepada kaedah latih – tubi, menghafal dan membaca semula.
Manakala di peringkat menengah lebih mempraktikkan kaedah kuliah, perbincangan
dan berdialog. Selain itu, kurikulum yang diamalkan juga adalah seperti
membaca, menulis, matematik, drama,
muzik, sastera dan puisi. Para pelajar yang terlibat terdiri daripada kaum
lelaki berumur antara 7 hingga 20 tahun. Di Sparta, kaedah pengajarannya lebih
ditumpukan kepada latih – tubi, nyanyian patriotik, dan taktik peperangan.
Kanak – kanak lelaki yang berusia antara 8 hingga 18 tahun akan diberi latihan
kententeraan secara profesional dan di latih di berek tentera. Apabila menjangkau
usia 20 hingga 30 tahun, mereka akan menjalani latihan ketenteraan yang sebenar
dan ditugaskan di perbatasan.
Terima kasih atas maklumatnya cikgu :)
ReplyDelete